Islam itu Mudah

📶 MTF Hikmah 📡

*Islam Itu Mudah*

بسم الله ال حمن الرحيم

Bisa jadi salah satu faktor seseorang (beragama islam tapi) enggan menjalankan ajaran Islam adalah berlakunya pemahaman bahwa Islam itu rumit, berat, kaku, dsb. Sedemikian terstigma bahwa dalam Islam itu ada anjuran membaca bacaan tertentu sebanyak 4.444 kali,  ada anjuran shalat ratusan rakaat pada hari dan bulan tertentu, dan semacamnya. 

Padahal sama sekali tidak. Sungguh syariat Islam ini Allah _ta'ala_ tetapkan justru untuk membebaskan manusia dari kesulitan serta kerumitan amalan, baik dalam hal ritual ibadah maupun perikehidupan sosial.

Banyak firman Allah _ta'ala_ yang menegaskan demikian, bahwa syariat ini tidak memberatkan ummat. Tidak diragukan lagi, Rasul _shallaLlahu 'alaihi wasallam_ pun menjelaskan secara lebih praksis, di antaranya dalam hadits shahih berikut ,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

Dari Abu Hurairah _radliyaLlahu 'anhu_ bahawa Nabi _shallaLlahu 'alaihi wasallam_ bersabda: *_"Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana  serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu."_* (HR Bukhari No: 38).

Faedah Hadits :

1.  Islam adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadat dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya.

2.  Mudah itu bukan membawa maksud mengambil ringan tetapi melaksanakan mengikut kemampuan seperti solat jika tidak mampu berdiri, boleh dilakukan dengan duduk dan seterusnya.

3.  Barangsiapa menolak rukhsah (kemudahan) dengan memberatkan diri contohnya tetap berpuasa sedangkan ketika itu dia sakit yang jika diteruskan puasa akan menjejaskan kesihatan dan memudaratkan diri.

4.  Buat dan laksanakan ibadat dengan cara yang betul dan bersederhanalah semasa menunaikannya dengan tidak menyeleweng dan melampau serta menyeksa diri. Namun ibadat tersebut tidak dilakukan ala kadar dan sedikit sehingga mengabaikan kewajipan dan kesempurnaannya.

5.  Nilai ibadat bukan dengan sebab banyak, tetapi dari keikhlasan hati dan kesungguhan melaksanakan mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah RasuluLlah _shallaLlahu 'alaihi wasallam_. Walaupun dilakukan sedikit tetapi berkekalan sepanjang masa.

6.  Sentiasa meminta pertolongan dari Allah _ta'ala_ dalam melakukan ibadat sama ada pagi mahupun petang seperti melalui ibadat solat di waktu subuh, tengahari, petang serta malam.

_WaLlaahu ﷻ A'lam Bish-Showwaab WaLlaahu ﷻ Waliyyut Taufiq_

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Semoga bermanfaat.
_BaarokaLlaahuﷻ Fiikum. HadanaLlaahuﷻ Wa Iyyaakum Jamii'an. YassaraLlaahuﷻ Lanal Khairo Haitsuma Kunna..._

سبحا نك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك        (19/03)

    •════ஜ✽✿۩❁۩✿✽ஜ════•
       *Majlis Al Firosy Indonesia*
          Konsultasi/bergabung :
                 082230287609
            *Rubrik kajian group :*
                _Tafsir Al Qur'an,_
               _Sirah Nabawiyah,_         
                _Thibbun Nabawi,_
            _Adab, Parenting Syar'i,_
              _Kuliner Halal Toyib,_
               _Lapak YatimMart,_
               _Kajian Fiqh Islam_
              🚫 *NO IKLAN* ⛔
  
           *BOLEH DISEBARKAN*
    _Semoga jadi amal shalih Anda_


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Hati dan Pikiran agar Bisa Bekerja Sama